KONSEP PERPADUAN

 KONSEP PERPADUAN


Kesepaduan sosial (social cohesion) ialah ungkapan dan konsep yang digunakan oleh pakar akademik untuk menerangkan pengalaman Malaysia dalam aspek hubungan etnik sejak 13 Mei1969. Sehingga kini, secara purata masyarakat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa dan etnik telah hidup aman damal, stabil dan harmoni kerana wujudnya kesepakatan sosial (social bonding) yang telah dibina sejak dahulu.Wujudnya kesepaduan sosial tidak bererti tiada perbezaan dan konflik dalam sesebuah masyarakat. Perbezaan dan konflik tetap wujud kerana melibatkan hubungan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pendidikan. Hakikatnya, kesepaduan sosial danintegrasi nasional menjadi prasyarat dalam merintis jalan puncak ke matlamat akhir, iaitu perpaduan.

Perpaduan secara umumnya ditakrifkan sebagai kesamaan dan kesatuan dalam membentuk identiti nasional seperti satu bangsa dan satu bahasa. Mengambil kira konteks negara yang mempunyai kepelbagaian etnik, bahasa, agama dan budaya maka konsep perpaduan yang ditekankan ialah "Perpaduan dalam Kepelbagaian".

Hal ini berlaku demikian kerana berdasarkan sejarah, rakyat Malaysia telah menerima fakta bahawa masyarakatnya ialah masyarakat majmuk. Perubahan demografi dari segi jumlah populasi rakyat mengikut pecahan etnik telah banyak berubah sejak tahun 1970-an sehingga kini, Pada masa yang sama, wujud pelbagai sistem persekolahan, laitu sekolah arus perdana, sekolah vernakular, sekolah agama dan sekolah antarabangsa. Semua individu kekal dengan pegangan agama, pengenalan etnik dan budaya masing-masing.Oleh sebab perbezaan ini, maka usaha ke arah mewujudkan perpaduan di Malaysia perlu dilengkapi dan dilandasi dengan usaha integrasi secara berterusan.

No comments:

Post a Comment