Perpaduan menjadi matlamat setiap bangsa dan negara agar dapat hidup dalam keadaan harmoni dan tenteram. Jika sesebuah negara itu tidak aman, rakyat akan hidup dalam keadaan huru-hara. Hal ini boleh dilihat di negara-negara yang sedang bergolak dan sentiasa berlakunya peperangan yang menyebabkan rakyat terpaksa bergantung kepada bantuan luar. Kanak-kanak, kaum wanita dan orang tua menjadi mangsa kebuluran dan serba kekurangan dalam kehidupan. Sangat penting perpaduan dibina dan dipupuk agar ianya menjadi sesuatu budaya dan amalan kehidupan setiap rakyat dalam negara Malaysia. Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Pengarah dan Pengasas Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyatakan, "Perpaduan sebagai suatu hasrat yang diidamkan adalah sukar diukur, dilihat secara nyata mahupun berkekalan. Perkara ini biasanya hadir mengikut keadaan, keperluan dan detik-detik tertentu secara formal atau tidak formal dalam kehidupan seharian masyarakat".Selain itu, masyarakat yang berbilang kaum dapat menghulurkan bantuan jika berlakunnya sebarang masalah dalam negara. Sebagai contoh, dalam keadaan dunia yang sedang dilanda wabak covid 19 kita dapat lihat pelbagai bantuan yang dihulurkan oleh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
No comments:
Post a Comment